MENGHIDUPKAN WARISAN, MENGUKIR KESEJAHTERAAN
Dari Ibnu ‘Abbas r.a.. dari Nabi saw.: “Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umat ku membakar dengan besi panas itu.” Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1663.
Selamat datang ke pusat rawatan tradisional Melayu, BekamPro Gombak. Kami menawarkan pelbagai rawatan warisan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan kesihatan anda.
Rawatan dijalankan oleh pengamal berpengalaman dan berdaftar dengan KKM.
Kenali Kami
BekamPro ditubuhkan pada 15 Disember 2014 sebagai pusat rawatan Perubatan Tradisional Melayu & Komplementari yang menawarkan perkhidmatan terapi bekam, urut, penjagaan ibu selepas bersalin dan herba, dengan pendekatan profesional dan berasaskan sunnah.
“Menghidupkan warisan untuk kesejahteraan fizikal dan minda anda”
Servis Ditawarakan
1.0
Bekam Angin & Bekam Darah
Kaedah penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit secara sunnah.
- Cup bekam pakai buang.
- Jarum bekam pakai buang.
- Alas katil pakai buang.
- Bekam kepala tanpa cukur.
2.0
Urut Melayu
Membantu untuk mengatasi ketidakselesaan tubuh.Â
- Urutan kesejahteraan dan teraputik
- Urut belikat, bahu, pinggang dan urutan satu badan.
3.0
Rawatan Selepas Bersalin
Set rawatan tradisional menyeluruh untuk ibu dalam tempoh berpantang. Ia menggabungkan urutan, pemakaian bengkung, bertungku dan penggunaan herba untuk pemulihan.
4.0
Herba
Kaedah perubatan warisan Melayu yang memanfaatkan khasiat tumbuhan semula jadi. Ia menggunakan akar, daun, dan bunga yang diproses menjadi ramuan minuman atau sapuan. Tujuannya untuk merawat penyakit, menjaga kesihatan, dan mengembalikan keseimbangan tubuh.
5.0
Runding Cara Kesihatan
Sesi konsultasi untuk mendapatkan maklumat berkenaan masalah kesihatan, mengenalpasti punca masalah/penyakit dan merangka plan rawatan.
Perawat Utama
Haji Wan Husin
- Berdaftar Dengan KKM
- Diploma Profesional Perubatan Melayu, UTM SPACE
Puan Marina
- Berdaftar Dengan KKM
- Diploma Profesional Perubatan Melayu, UTM SPACE
Sijil - Kelulusan dan Pendaftaran KKM